Tuesday, 18 May 2021

PPD, JPN difitnah buat duit melalui pautan pelaporan PdPR?

17 Mei - Seorang individu telah mendakwa pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menjana pendapatan tambahan melalui melalui pautan untuk pelaporan PdPR yang dihantar kepada guru-guru seluruh negara.


Melalui satu hantaran di Facebook beliau, beliau mendakwa mendapat aduan daripada guru-guru yang mendakwa pautan pelaporan yang dipendekkan itu dibuat dengan tujuan menjana sumber kewangan.

Beliau turut menyertakan tangkap layar carian internet berkenaan fungsi kependekan pautan internet yang boleh menjana kewangan berkenaan.



Ini satu fitnah

Perkara ini disedari oleh netizen dan mereka beranggapan ianya satu fitnah yang sangat menjijikan.



“Bit.ly tidak boleh menjana apa-apa sumber kewangan, ianya hanya satu kemudahan untuk pengguna,” katanya.

Carian di Quora.com juga membuktikan bahawa Bit.ly tidak menjana apa-apa sumber kewangan.




Tinjauan kami ke akaun individu tersebut mendapat hantaran berkenaan sudah pun di padam oleh beliau.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon