Monday, 24 May 2021

PH persoal hala tuju Didik TV

Isnin, 24 Mei - Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan Parti-Parti Pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan hala tuju TV Pendidikan yang diwujudkan oleh kementerian tersebut.


Dalam satu kenyataan bersama lapan orang ahli parlimen pembangkang, antara perkara yang dibangkitkan mengenai status terkini kandungan bagi rancangan TV pendidikan bernilai RM1.9 juta yang dibangunkan syarikat swasta.


Dalam kenyataan yang sama, mereka turut mempersoalkan mengenai jumlah pembayaran yang telah diberikan kepada syarikat penyedia kandungan tersebut.


Mereka turut mengajukan persoalan mengenai tindakan KPM memberikan kontrak penyiaran bahan pendidikan kepada saluran Didik TV yang dimilik syarikat media swasta sedangkan kerajaan boleh menggunakan fasiliti siaran TV kerajaan pada saat darurat ini.


Terdahulu Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Mat Jidin mengumumkan sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan diteruskan dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bermula 16 Mei sehingga 28 Mei 2021.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon