Friday, 21 May 2021

PdPR: KPM laksana rintis lima negeri Pelaporan SPdPR

Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.


Sebelum ini, kita munggunakan sistem pelaporan melalui google form, dan guru-guru perlu mengisi secara manual, sebagai contoh, perlu menaip nama kelas, no kad pengenalan, bilangan murid setiap kali mengisi pelaporan.


Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia. Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.


Ikuti Panduan Pengisian Pelaporan SPdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti. KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.


Bagi memahami panduan pengisian Pelaporan SPdPR anda boleh tonton video di bawah:




Credit to : Cikgu Edutech 
Kredit: Sistem ini dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. 
Maklumat lanjut : Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing.


Pautan SPdPR Adalah Berbeza bagi setiap negeri, Pastikan link anda betul : 

1. Johor : https://spjohor.moe.gov.my/ 

2. Negeri Sembilan : https://spn9.moe.gov.my 

3. Pulau Pinang : https://sppenang.moe.gov.my 

4. Terengganu : https://sptrg.moe.gov.my/ 

5. Negeri-negeri lain : Akan dikemaskini


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon