Monday, 24 May 2021

Keputusan e-GTukar 1 Jun ini - Radzi Jidin

Putrajaya - Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi bin Jidin hari ini memaklumkan semakan keputusan pertukaran guru antara bahagain, negeri, daerah dan dalam daerah sesi Jun boleh disemak pada 1 Jun 2021.


"Semalam saya berkesempatan membaca beberapa pertanyaan guru yang diajukan melalui media sosial saya. 


"Antara persoalan yang banyak dibangkitkan adalah berhubung keputusan pertukaran e-Gtukar. 


"Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa keputusan pertukaran guru bagi sesi Jun 2021 akan diumumkan pada 1 Jun 2021. Guru yang memohon pertukaran boleh menyemak keputusan melalui e-Gtukar di pautan yang disedikan," jelasnya.


Guru-guru yang terlibat boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing di pautan https://epgo.moe.gov.my/index.cfm?muse=1.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon