Tuesday, 4 May 2021

Kenapa nak campur tangan urusan guru?

Orang luar tak faham tugas guru. 


Guru yang berhadapan dengan murid. Guru yang habiskan silibus. Guru yang akan dinilai... 


1. Pernyataan di atas adalah keluhan guru. Perpatah mengatakan, berat mata memandang, berat lagi mahu memikul.


2. Ini uniknya guru yang tugasnya berkaitan dgn SEMUA orang. Kita mungkin tak kisah apa yang berlaku dirumah jiran, tetapi kita perlu prihatin apa yang berlaku disekolah. 


3. Pendapat manusia berbeza-beza. Itu normal. Tetapi apa premise pendidikan yang digunakan dlm member pendapat? 


4. Kenapa kita perlu juga melihat keluar dari kepompong pendidikan berorientasikan peperiksaan tanah air yang kini mula mencair? Apa premise yang digunakan pula di negara luar? 


5. Manusia perlukan ujian dan penilaian. Penilaian hanya 'sah' jika anak-anak melalui proses yang membolehkan dia 'dinilai' apa apa yang 'dia patut dinilai'. 


6. Penilaian melalui peperiksaan setara memerlukan anak-anak mendapat juga secara setara apa yang mereka perlu dapat. Oleh kerana anak-anak yang ini memasuki sekolah rendah / elementary / primary dgn pelbagai latar belakang, SES, EQ, IQ dll, maka pada tahap ini, mereka sangat bergantung kepada guru, ibubapa serta ekologi pembelajaran yang mereka ikuti. 


7. Pada ketika ini, penilaian berorientasikan peperiksaan setara oleh orang dewasa adalah 'tidak valid' dan satu yang tidak adil kepada mereka. Juga tidak adil guru dinilai dari gred yang anak-anak ini perolehi. Ini membuatkan aku teringat apa yang disebut oleh rakan guru, Samuel Isaiah sebagai "pedagogy of the heart'.


8. Bila dimansudkan peperiksaan setara dan UPSR, ia membuka ruang utk guru mendekati murid dgn orientasi yang berbeza. Ini yang berlaku diluar sana yang mungkin saja asing bagi sebahagian kita. 


8. Ini pandangan peribadi aku, supaya tugas guru tidak menjadi statik dan terlalu skematik spt di era peperiksaan: 


  • Oleh kerana setiap guru ada subjek tertentu, mereka tidak perlu mengajar mengikut topic by topic dalam subjek tersebut. Boleh sahaja combined mana-mana topic utk disekalikan. Topik pecahan dan peratus boleh disekalikan. Topic pertukaran unit masa, jarak dll boleh disekalikan dan dimasukkan bundar juga. Malah guru sains dan guru maths atau BM once a while oleh bergabung jadual jika ada tajuk yg boleh diajar serentak.. sbb pengetahuan bukan terpisah2 sifatya 
  • Bila beberapa topic sudah dikombinasikan utk memberikan lebih cakupan, dengan masa yang lebih jimat, maka boleh dijadikan pula satu projek, persembahan atau tugasan yang authentic. 
  • RPH tidak perlu lagi, sekadar satu catatan ringkas utk rujukan sendiri. 
  • Begitu juga dgn naziran perlu diganti dgn PLC sesama guru satu tahun pengajaran atau yang berbeza tahun. Guru Tahun 3, 4, 5 subjek Maths berbincang topic yang bertindih supaya dapat idea bernas utk menjadikan aliran topic tersebut lebih mudah bagi murid. 
  • PPD sbg scaffolder membantu sekolah utk keperluan latihan, peruntukkan dan lain-lain. 


9. Semua ini berlaku diluar sana, regardless kelas kecik, besar atau ada dan tiada teknologi. Semuanya boleh di atas utk hasilkan PdP yang LEBIH baik, adil dan humanized. 


10. Guru pula tidak perlu dinilai spt amalan sekarang. Nilailah usaha mereka, kegigihan mereka, sementelahan mereka naik gajipun berasaskan time-based.. kerana guru adalah kecemerlangan. 


Salam sayang buat semua guru.

Othman Talib


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon