Perkata ini terkandung di dalam dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan koleh kementerian tersebut di laman portalnya semalam.
"Semua murid akan bercuti Hari Raya Aidilfitri pada 11 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021 bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 11 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 bagi negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)," katanya.
Sekolah juga dibenarkan untuk memohon cuti peristiwa sebelum tarikh cuti Hari Raya Aidilfitri.
"Jika cuti peristiwa sekolah telah digunakan, sekolah juga dibenar untuk menggunakan kemudahan cuti ganti," ujarnya lagi.
Namun begitu, sekolah tidak dibenarkan memohon cuti peristiwa atau cuti ganti selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Jelasnya lagi, sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 13 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 14 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan B seperti mana diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin tempohari.
KPM turut menyediakan FAQ untuk pengurusan murid asrama pulang sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai rujukan semua.