Wednesday, 12 May 2021

Guru kontroversi ditempatkan sementara di JPN S’ngor - KPM


PUTRAJAYA - Guru yang didakwa mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya ketika PdP di dalam kelasnya telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.


“KPM mengambil maklum bahawa laporan polis oleh murid terbabit mengenai perkara ini telah dibuat pada 24 Mei 2021. 


“Memandangkan insiden tersebut dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan.


“Ketika ini, KPM menempatkan guru berkenaan di Jabatan Pendidikan Selangor sehingga siasatan tersebut selesai,” katanya.


Menurut KPM, tindakan selanjutnya bergantung kepada hasil siasatan kes berkenaan.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon