Sunday, 23 May 2021

Apabila ‘Boboiboy’ dah posting jadi cikgu


Kanak-kanak biasanya tidak bersemangat untuk menghadiri kelas pada waktu pagi terutamanya kelas yang dijalankan secara online di mana mereka sentiasa tergoda dengan katil, televisyen, dan permainan yang ada berdekatan. 


 Malah bukan kanak-kanak sahaja yang liat untuk menyertai kelas pada awal pagi, ibu pun kadang kala tiada mood untuk mempersediakan anak-anak pada waktu sebegitu. 


Namun lain pula bagi ibu ini apabila guru bahasa Inggeris yang mengajar anaknya adalah pelakon suara BoBoiBoy sendiri, Nur Fathiah Diaz.


Dalam sebuah perkongsian yang tular, pengguna Syikin Kadir menjelaskan bahawa pelakon yang dipanggil Teacher Athiah itu adalah seorang guru baru.
Ibu itu berkongsikan video kelas PDPR anaknya bersama Nur Fathiah dengan kapsyen, “Bila teacher english ko pelakon boboiboy pdpr 8 pg pon takde hal”. 

Menurutnya bukan sahaja anaknya yang bersemangat belajar dengan suara watak animasi popular itu, malah dia sendiri teruja. 

Nur Fathiah yang berusia 21 tahun bukan sahaja menyuarakan watak BoBoiBoy tetapi juga merupakan suara asal untuk Upin dan Ipin. 

Dalam video yang dikongsikan, anaknya telah meminta request kepada guru Bahasa Inggerisnya itu untuk membuat suara BoBoiBoy, dan Fathiah menunaikan permintaan kanak-kanak itu membuat murid-murid lain juga kagum. 

 “Mesti budak ni mintak cikgu ulang 8 kali sehari”
“kalau aku ni hari2 smnngt…”
“terasa tua kejap suara upinipin dgn boboiboy ni pun dah jadi cikgu…”

We Share because We Care

1 comment:


EmoticonEmoticon