Perkongsian kali adalah cadangan daripada Cikgu Siti Ainul Mursyida Sahmsudin dibuat rakan-rakan guru terutama guru Bahasa. Mungkin ada yang dah bosan guna permainan online yg sama je kan utk PdPR.
Asyik2 Quizziz. Asyik2 Kahoot. Asyik2 Wordwall.
Jom pelbagaikan dengan 6 permainan online yg ni pulak. Memang nampak agak klasik tapi sekurang-kurangnya ada antara permainan ini memerlukan murid bergerak.Tak hanya duduk setempat. Dan murid tak ada pilihan lain kecuali on kamera untuk turut serta bermain. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.
1. Permainan Treasure Hunt.
Permainan ini sgt baik untuk melatih kemahiran mendengar dan kemahiran berfikir, juga bagus utk meningkatkan perbendaharaan kata murid.
Cara bermain:
Minta murid utk melihat di sekeliling mereka dan cari sesuatu objek mengikut warna yg diminta oleh guru. Beri murid masa 1-2 minit utk mencari objek tersebut.
Selain tu, boleh juga minta murid mencari objek mengikut huruf permulaan bagi ejaan objek tersebut. Cthnya: cari objek yg mula dengan 'R'.
Atau cikgu2 boleh gunakan gambar dlm kls online & minta murid mencari objek dlm gmbar seperti yg dikehendaki.
2. Permainan Cari Objek tersembunyi.
Permainan ni sgt sesuai utk tingkatkan kosa kata, kemahiran mendengar & pemahaman murid. Kita boleh gunakan permainan ni utk Topik Kata Nama (Nouns), Kata Adjektif (Adjectives) & 'prepositions of place'.
Cara bermain:
Sebelum kelas, cari & sediakan gambar dgn objek yg berbeza. (Cthnya: Bilik yg berselerak @ kerusi yg penuh dgn brg). Kongsikan gambar dengan murid termasuk senarai 10 objek yg perlu mereka cari.
Cikgu2 boleh terangkan objek tu dgn lebih spesifik spt 'belon besar berwarna biru.'
Bila murid dah jumpa objek tu, cikgu2 boleh minta murid bulatkan objek itu utk tunjukkan Lokasi. Cikgu2 boleh gunakan Jamboard utk aktiviti ni.
Boleh juga guna kaedah yg sama utk permainan 'People Hunt'. Contohnya, minta murid mencari imej org dlm gmbar mengikut Ciri2 yg dikehendaki.
3. Permainan Lukis & Teka.
Permainan utk meningkatkan kosa kata
Cara bermain:
Pilih objek di rumah yg murid x boleh nampak. Kemudian, lukis di virtual whiteboard. Semasa cikgu2 melukis, murid perlu meneka.
Utk jadikan permainan lebih menarik, cikgu2 boleh set masa untuk permainan. Boleh juga minta murid melukis & rakan yg lain meneka.
4. Permainan 'Yang Ganjil Keluar'
Membantu murid meningkatkan daya tumpuan di dlm kelas online.
Cara bermain:
Berikan senarai 5 objek yg mana satu daripadanya mempunyai ciri yg berbeza.
Cthnya: lembu, kambing, rusa, kerbau, ayam. Minta murid kenal pasti satu yg tidak sama ciri. Dan minta murid jelaskan sebab pilihan mereka.
Boleh juga menggunakan senarai perkataan yg sama bunyi & minta murid kenal pasti yg berbeza dlm senarai. Cikgu2 juga boleh gunakan gambar menggantikan senarai perkataan.
5. Permainan 'Give me five'
Permainan ini dpt meningkatkan kemahiran bertutur & kosa kata.
Cara bermain:
Senaraikan kategori di virtual board seperti warna, makanan, kenderaan. Kemudian minta murid pilih satu kategori. Jika murid memilih kategori makanan, minta murid senaraikan 5 makanan. Murid perlu senaraikan dlm masa kurang 1 minit. Cikgu2 boleh juga gunakan huruf permulaan sbg panduan.
Contohnya 'senaraikan 5 nama objek yg bermula dgn 'B'.
6. Permainan Rantai Kata
Permainan mudah je tapi menarik. Terutama untuk subjek Bahasa. Kalau bahasa inggeris, boleh semak pronunciation murid.
Cara bermain:
Berikan kategori. Kemudian murid pertama akan sebut apa2 perkataan dlm kategori itu. Murid seterusnya akan menyambung dengan menyebut perkataan lain yang bermula dgn huruf terakhir perkataan yg disebut oleh murid sebelum itu.
Cth, kategori makanan. Jika murid A sebut 'laksa', murid kedua akan sebut 'akok'.
Murid yg lambat menyambung perkataan dikira terkeluar dari permainan & hanya akan menjadi pemerhati utk pusingan itu. Mayb, cikgu2 boleh kenakan denda kpd mereka seperti menyanyi.
Sumber: Cikgu Ainul
tq cikgu.cadangan bernas
ReplyDelete