Tuesday, 27 April 2021

Ugut rogol: Bapa dakwa didikan sekolah dan guru antara punca anak jadi liar

Saiful Nizam, bapa kepada Ain, seorang murid yang tampil mendedahkan gurauan rogol guru PJK hari ini mendakwa didikan sekolah dan guru antara punca mentaliti remaja sekarang sangat sakit.


Melalui satu hantaran di akaun Facebook hari ini, beliau mengemaskini perkembangan kes anak beliau yang melalui pelbagai proses perundangan setelah membuat pengakuan di laman media sosial Tik Tok berkenaan tindakan guru PJK sekolahnya.


Menurut beliau, hari ini dan semalam beliau baharu saja selesai urusan ugutan rogol rakan sekelas Ain yang telah meminta maaf dan berjanji akan berubah menjadi baik. Beliau turut menzahir rasa simpati melihat wajah ahli keluarga murid lelaki tersebut yang terkejut dengan situasi berikut ditambah pula dengan kerenah guru yang didakwanya mengajar yang bukan-bukan.


Kejadian tersebut membuatkan beliau membuat kesimpulan bahawa remaja yang menjadi liar ini berpunca daripada didikan yang diterima dari sekeliling seperti sekolah dan guru.


Justeru, walaupun kes ugut rogol anaknya itu sudah berakhir, beliau berpendapat ia sebenarnya adalah titik mula kepada satu gerakan untuk menyedarkan masyarakat secara keseluruhan bahawa mentaliti remaja masa kini sangat sakit dan perlu dirawat.


Beliau juga berharap dengan tindakan beliau dan anaknya itu dapat mengembalikan sekolah sebagai pusat ilmu dan adab terhormat.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon