Monday, 19 April 2021

Rentas negeri yang diluluskan hanya dari Isnin hingga Khamis - PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. 


Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat (iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh. 


Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, pergerakan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) tidak akan diluluskan, namun ini tidak termasuk bagi urusan melibatkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon