Saturday, 3 April 2021

Pemeriksa Skrip Jawapan Peperiksaan dikecualikan PdP

Putrajaya - Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan satu surat siaran sebagai makluman kepada semua pengarah pendidikan negeri berkenaan pengecualian pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi semua petugas peperiksaan awam khusus pemeriksa skrip jawapan peperiksaan (SJP).


Menurutnya, ini adalah kerana susulan proses pemeriksaan SJP SPM 2020 yang masih belum selesai.


"Pihak LPM telah memutuskan bahawa tempoh pemeriksaan dilanjutkan.


"Oleh itu, Pengetua atau Pentadbir Sekolah hendaklah merancang dan mengatur jadual PdP dengan sebaiknya sepanjang tempoh pemeriksaan berlangsung," katanya.


Menurutnya lagi, Petugas Peperiksaan juga dibenarkan untuk pengecualian PdP bagi melaksanakan pengawasan peperiksaan dan pemeriksaan SPM 2020 Sesi Kedua.


LPM turut menyediakan tarikh pelanjutan sebagai rujukan pihak pentadbiran sekolah.


Sebelum ini, LPM telah mengeluarkan surat pengecualian pdp kepada pengawas peperiksaan SPM yang bertugas di bawah seliaanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon