Wednesday, 28 April 2021

PdPR elak jangkitan ke sekolah selepas cuti - Dr Radzi

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan bahawa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) masih belum dilaksanakan sepenuhnya, setakat ini. 


Menterinya, Datuk Radzi Jidin berkata, sebaliknya ketetapan kementerian adalah hanya melaksanakan PdPR dalam tempoh 10 hari selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. 


Ia bagi mengelakan risiko penularan jangkitan COVID-19 di sekolah sebaik sahaja murid-murid kembali ke sesi persekolahan selepas perayaan, katanya. 


"Apa yang kita lihat kes sporadik lebih 60 peratus dan data-data kluster juga menunjukkan hanya dua peratus melibatkan kluster pendidikan. 


"Kita tak mahu lebih dua juta murid-murid apabila menyambut hari raya, dan kita tak tahu tahap kepatuhan. Kita tidak mahu anak-anak sekolah membawa jangkitan ke sekolah dan sekiranya ini berlaku, mungkin akan meningkat jangkitan," katanya dalam sidang media khas, di sini.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon