BANGI: Pelajar, guru dan warga sekolah diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata pelajar terutamanya perlu sentiasa mematuhi SOP sewaktu tiba di sekolah dan semasa proses penyuraian selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan mereka dan juga warga sekolah.
"Kita sudah ada SOP cukup lengkap dan teratur, apa yang penting adalah pematuhan, ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP ditetapkan.