Monday, 12 April 2021

Ibu berang anak dipaksa pakai baju kurung, kantin sekolah ditutup ketika bulan puasa

Seorang ibu berang apabila anaknya dipaksa oleh seorang guru (ustazah) di sebuah sekolah untuk memakai baju kurung ketika kelas tasmik. 


Melalui satu hantaran di akaun Facebook, beliau menekankan beberapa prinsip yang sewajar tidak menjadi paksaan kepada anak-anak yang belum akil baligh.


Beliau turut menegaskan bahawa, beliau bukanlah seorang ibu moden yang jahil agama, tetapi seorang muslimah yang memahami Islam itu mudah.


Berikut adalah hantaran dari akaun Facebook beliau.


BAJU KURUNG DAN PENUTUPAN KANTIN WAKTU RAMADHAN. 


Sy bukan anti Islam tetapi sy rasakan hal ini memang patut ditegur dan ditegah. Hari ini sy naik angin bila anak perempuan sy (darjah 3) maklumkan sy bahawa beliau dipaksa memakai baju kurung ke sekolah oleh guru subjek Pendidikan Islam. Alasan guru tersebut kerana ada class tasmik. Sy marah dengan tindakan guru ini (bila kata guru ini, sy rujuk pada guru anak sy itu. Bukan semua guru) kerana: 


1. Semasa sy bersekolah di Sekolah Rendah Assunta, majoriti pelajar Muslim memakai pinafore. Jadi, bila subjek Pendidikan Islam, kami semua mengaji Al-Quran seperti biasa walaupun berpakaian pinafore. Tiada masalah langsung dengan pemakaian kami kerana ianya adalah sesi pembelajaran di sekolah kebangsaan. 


2. Rata2 anak2 darjah 3 belum baligh. Mengapa kena paksa dan letak beban seperti orang2 yang dah baligh pada kanak2 ini. Orang Arab sendiri tidak memaksa kanak2 yang belum baligh menutup aurat. Sy pernah melihat anak2 orang Arab yang belum baligh pegang Al-Quran tanpa wuduk dan tanpa menutup aurat di dalam Masjidil Haram. 


3. Tiada undang2 yang mewajibkan pelajar sekolah memakai baju kurung ke sekolah. Sekiranya ada undang2 sebegitu, sudah pasti ianya melanggar Federal Constitution. 


4. Kalau takut sangat dan merasakan kanak2 ini tidak dapat menghormati Al-Quran sebenar, gunalah Al-Quran Tafsir. Tiada masalah pun. Kenapa kena rumitkan keadaan. Di rumah pun, sy ajar mengaji Al-Quran dan ikut adab. 


5. Bila sy kata tak boleh ke bawa tudung dan kain extra. Bila class tasmik, pakai la tudung dan kain tu. Anak kata tak boleh. Kena pakai baju kurung juga. Anak sy nangis tak nak ke sekolah. Dah la sy sekarang di Melaka urusan kerja, anak pula di Subang Jaya. Tak ke menyusahkan sy pujuk anak untuk ke sekolah. Islamik sangat ke sampai buat kanak2 tak nak ke sekolah belajar. 


6. Kata anak sy, semua pelajar yang mengikuti subjek Pendidikan Islam (yang tak sampai sejam tu), wajib mengambil wuduk. Ya Allah.... Bayangkan kanak2 ni ambil wuduk dan lepas tu pakai kasut. Memang akan busuk kaki, stokin dan kasut. Boleh berkurap kaki. Tak praktikal langsung la. Apa punya mentaliti la paksa kanak2 ni berwuduk bagai. 


Sy terpaksa menghantar message WhatsApp kepada guru disiplin dan dalam group PIBG sekolah. Sy katakan jika pihak sekolah atau mana2 guru yang memaksa anak sy memakai baju kurung (seolah-olah tak cukup dia pakai baju kurung dan bertudung di sekolah KAFA) ke sekolah kebangsaan, sy tidak akan teragak2mengambil tindakan undang2. 


Satu lagi yang buat sy marah. Bulan puasa nanti kantin sekolah akan ditutup dan pelajar Muslim tidak boleh makan pada waktu rehat. 


Bayangkan pelajar2 especially tahun 1 hingga 4 tak dibenarkan makan. Budak kecil dipaksa puasa. Bukan semua budak sama. Ada yang larat, ada yang tidak. Sedangkan orang dewasa pun ada yang tak larat puasa, inikan pula kanak2 belum baligh. 


Dalam Islam sendiri tidak mewajibkan kanak2 yang belum baligh untuk berpuasa. Tetapi pihak sekolah pula memandai2 paksa mereka puasa. Dah mengalahkan tuhan pulak. 


Hakikatnya, dalam Islam sendiri membenarkan seseorang menggantikan puasa mereka jika pada bulan Ramadhan tidak berpuasa. Jadi, kenapa nak paksa kanak2 puasa jika ada kelonggaran dalam hal puasa itu sendiri. 


Bagi sy, kantin mesti dibuka. Terpulanglah pada pelajar samada nak puasa atau tidak. Ada pelajar darjah 6 boleh puasa penuh. Ada yang tak larat. 


Sy sendiri pun masa darjah 6 tak dapat puasa penuh. Sy start puasa penuh masa di Tingkatan 1. Tak ada pula sebab sy lambat puasa penuh, sy tak solat, tak jadi manusia berguna. (yelah, ramai cemuh kata sy ni tak tahu agama. Ada yang seram konon2 sy ni minah modern tak tahu agama). 


Sy merasakan sekolah rendah kebangsaan bukanlah tempat yang sesuai untuk memaksa pelajar menjadi Islamik. Belum masanya lagi untuk mereka. 


Bagi sy jika di usia yang masih belum baligh sudah dipaksa berpakaian menutup aurat dan segalanya, inilah penyebabnya bila sudah besar nanti, habis semua dibuka. Aurat tak dijaga kerana masa kecil tak merasa nak pakai macam kanak2 lain. 


Mungkin ada ibubapa tak setuju dengan sy. Terpulang. Bagi sy, sy tidak mahu menyeksa anak sy yang belum baligh. Sy mahu dia menikmati zaman kanak2 beliau. 


Di bawah adalah jawapan yang sy terima dalam group PIBG. 


Nampak tak, bila ada ibubapa sendiri mahu sy senyap dan tak suka apa sy katakan. Mental block sungguh!!!! Kita nak anak2 happy dan sentiasa rindu nak ke sekolah. Kalau kita letak macam2 pantang latang, kanak2 akan rasa tak nak ke sekolah. Kita lupa yang utama sehinggakan lebih suka mengutamakan yang tak utama. 


Sekian.


Sumber




We Share because We Care

1 comment:

  1. kalau dah namanya pun geng siti kassim.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon