Friday, 30 April 2021

COVID-19: Penutupan sekolah di Kelantan dilanjut sehingga Aidilfitri

KOTA BHARU: Penutupan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Kelantan, dilanjutkan sehingga Aidilfitri.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Zulkernai Fauzi menerusi surat pemakluman, berkata ia membabitkan 596 sekolah di negeri itu.


"KPM membuat ketetapan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan ditutup mulai 3 Mei sehingga cuti Aidilfitri.


"Pada 16 hingga 27 Mei, sesi persekolahan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


"Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan dibuka semula pada 13 Jun," katanya.


Zulkernai turut memohon kerjasama semua pegawai pendidikan daerah memastikan guru melaksanakan PdPR dalam tempoh penutupan sekolah.


"Pada masa sama, pemantauan di semua sekolah perlu dilakukan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dipatuhi," katanya.


Media sebelum ini melaporkan, penutupan semua sekolah dilanjutkan sehingga 1 Mei bagi membendung penularan COVID-19.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon