Tuesday, 6 April 2021

Bersara atas sebab kesihatan, 6 perkara perlu dipertimbangankan

Ramai yang tertanya, saya pegawai yang telah memilih skim pencen, kalau saya sakit dan saya rasa saya boleh dibersarakan atas sebab kesihatan, adakah saya perlu mohon?


Bagaimana prosesnya dimulakan?


Persaraan Atas Sebab Kesihatan merupakan salah satu kaedah persaraan yang termaktub dalam Perenggan 10(5)(a), Akta 227 / 239 (Akta Pencen).


Penjawat awam berpencen (telah memilih skim Pencen) yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan oleh pihak Jabatan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1995 dan Perintah Am, Bab F (1974).


Keadaan berikut membolehkan seseorang anggota dihadapkan kepada lembaga perubatan (dimohon oleh pihak Jabatan) untuk dipertimbangkan bagi dibersarakan atas sebab kesihatan:


i. Semua cuti sakit tahunan telah habis dan masih tidak sihat; 

ii. Mengambil cuti 45 hari setahun, 3 tahun berturut-turut; 

iii. Pegawai perubatan berpendapat tidak ada harapan sembuh; 

iv. Kesiuman otak dan kesihatan tubuh badan diragui; 

v. Pegawai perubatan mengesahkan sakit tibi, kusta atau barah; atau 

vi. Tercedera semasa bertugas dan bukan dengan kecuaiannya.


Untuk antara kes di atas ini, ketua jabatan merupakan 'pemula' proses dengan mengambil kira keadaan di atas.


Namun demikian, syor dan keputusan sama ada pegawai masih boleh bekerja dan ada harapan sembuh atau sudah tidak boleh melaksanakan tugas hakikinya yang dikeluarkan oleh lembaga perubatan adalah amat penting


Benar, diakui bukan mudah untuk pegawai tersebut disyor boleh dibersarakan atas sebab kesihatan.


Keputusan yang dibuat perlulah tepat kerana penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima pencen bulanan pada MANA-MANA usia beliau dibersarakan dan faedah-faedah persaraan lain seperti kad pesara, ganjaran perkhidmatan dan award wang tunai GCR turut boleh turut layak diterima mulai tarikh dibersarakan.


Lebih-lebih lagi, Kerajaan telah memperkenalkan Pekeliling Perkhidmatanw Bilangan 1 Tahun 2021 yang mana, kadar penerimaan pencen bulanan telah ditambahbaik kepada pesara yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan.


Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon