Sistem pendidikan yang semakin mencabar dan dinamik pada masa kini memerlukan kepimpinan yang teratur dan strategik.
Permintaaan dan pandangan terhadap pendidikan daripada masyarakat luar sangat tinggi.
Sistem pengurusan diperingkat akar umbi (sekolah) yang melaksanakan pelbagai dasar dan program yang telah dirancang oleh kerajaan perlu diselenggara dengan teliti oleh seorang pentadbir yang efektif.
Berikut adalah 7 ciri yang mesti ada pada seseorang pentadbir.
1. Dia pandai bercakap dengan ringkas dan jelas.
Orang bawahan mudah faham arahannya. Dia cakap sedikit, anak buahnya sudah tahu apa yang mereka perlu buat.
2. Dia pandai menaikkan semangat kerja orang bawahannya.
Ciri ini menjadikan dia ketua yang popular. Anak buahnya bekerja dengan rajin, tekun, dan seronok.
3. Dia seorang yang bertanggungjawab.
Apabila berlaku masalah dia tidak berlepas tangan dan menuduh orang bawahannya yang menjadi punca masalah.
4. Dia pandai menurunkan tugas, tanggungjawab dan kuasa kepada orang bawahannya.
Dalam erti kata yang lain, dia tidak micro-manage orang-orang bawahannya sampai segala perkara titik-bengik pun dia mahu kawal. Dia pandai melaksanakan strategi empowerment atau pemerkasaan. Dengan cara itu juga produktiviti orang bawahannya makin tinggi.
5. Dia pandai mendengar pendapat dan cadangan dari orang bawahannya.
Ini penting bagi menjaga motivasi orang bawahan. Dengan cara itu gaya pengurusannya lebih berkesan.
6. Dia pandai menyelesaikan masalah.
Ini sangat penting, supaya majikan tidak terbeban dengan banyak masalah.
7. Dia pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran pendidikan yang sentiasa berubah.
Faktor terakhir ini memberi nilai tambah kepada pentadbir kategori senior yang tidak memberi alasan malah mencari jalan penyelesaian kepada setiap perubahan dan pembaharuan yang berlaku.
Diolah daripada penulisan Puan Ainon Mohd