Friday, 5 March 2021

Perbuatan yang memalukan dan mengaibkan

Perbuatan dua murid yang dipercayai calon SPM dirakam fotonya dengan tulisan menghina guru ketika membonceng motosikal. 


Seorang netizen meluahkan rasanya dengan menulis:


 

Memalukan dan mengaibkan. 



Saya di sekolah dulu pun ada buat jahat juga. Biasa lah tengah mengenali dunia tapi sejahat- jahat saya tak sehingga memalukan cikgu atau sekolah dengan menulis di baju "FUCK CIKGU ". 


Budaya mengecam dan menhina ni sekarang dah jadi sebahagian budaya dalam generasi sekarang ni. Ni masalah paling kritikal dalam generasi sekarang walaupun generasi dulu pun ada masalah juga tapi tak lah SETERUK ni sehingga menulis perkataan tersebut. 


Mat rempit , kaki hisap ganja , kaki minum ketum , kaki hisap ice, hisap vape bernikotin dadah , kaki pil kuda dan belum lagi yang terlibat dengan mesin judi online. Ada kes mesin judi online , umur 15 tahun dah mula bet / berjudi rm10. Bila tanya macam mana kamu tahu benda ni? Alaaaa saya tengok abang2 saya layan youtuber video , mereka kata masuk cuci. 


Saya cuba lah. Masalah - masalah yang saya sebut ni lah punca kenapa masalah seperti menhina cikgu ni berlaku. 


Sebab pengambilan dadah , bergaul dengan kawan yang negatif dan tidak diajar budaya menhormat orang atau cikgu. 


Bila menlihat semula , adakah mereka semua ni produk masa depan Malaysia??? Ni ke generasi yang bakal memimpin dan generasi yang boleh bawa generasi akan datang mengekal negara Malaysia? 


Kalau begini , jangan terkejut sebab 1 hari nanti Malaysia dipenuhi dengan generasi atau produk anak muda yang tiada visi , tiada hala tuju hidup dan mungkin mereka pun takkan belajar pertahankan negara atau belajar tentang negara dan sejarah negara mereka. 


Jangan terkejut , kalau generasi ni.. Bila dah besar , mereka tak miliki rumah , mereka tak miliki tanah tapi begitu BANGGA menceritakan pada semua orang " MALAYSIA TANAH DARAH TUMPAHKU ". 


Mereka masih khayal dan hidup dalam ilusi kononnya mereka miliki negara Malaysia ni walaupun secara hakikatnya mereka " TIADA APA - APA " di tanah nenek moyang mereka. 


Hanya slogan dan kata - kata saje mereka miliki. Salah siapa? Nak salahkan ibu bapa mereka , nak salahkan kerajaan?? Atau nak salah mereka yang masih " TIDUR " di dalam negara sendiri?? 


Ketika anak - anak muda negara lain bersaing dan berjuang untuk negara mereka supaya terjamin masa depan , anak - anak muda Malaysia memalukan cikgu - cikgu yang mana selama ni cikgu lah orang paling banyak BERJASA pada negara kerana dia tak mahu generasi yang sekarang ini tercicir masa depan atau 1 hari nanti tidak jadi " MANUSIA YANG TIDAK BERGUNA ". 


Perjalanan jauh lagi dik , mungkin hari ni kamu memalukan cikgu dengan menulis begitu , tapi bila kamu dah besar dan matang. Kamu akan sama nada dengan saya , dan kamu akan tahu kenapa saya mengecam kamu yang menhina cikgu. 


Mungkin hari ni kamu takkan faham sebab kamu masih belum matang tapi 1 hari nanti akan datang bila kamu akan matang , kamu akan tahu semua maksud saya semua di atas ini. 


GENERASI MALAYSIA BANGGA DENGAN NEGARA SENDIRI DAN RAKYATNYA SENDIRI. SEMOGA MALAYSIA MELAHIRKAN PRODUK MASA DEPAN YANG TERBAIK DI DUNIA. 


SUMBER: #dieyoadie


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon