Masih ramai yang keliru ketika menggunakan perkataan "TENTATIF" sebagai ejaan bagi menggantikan "ATUR CARA" semasa menulis jadual sesuatu program atau majlis.
Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini membawa makna yang berbeza ;
📝 TENTATIF - Sesuatu jadual acara yang belum muktamad atau masih boleh berubah.
📝 ATUR CARA - Jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan dalam sesuatu majlis.
Justeru apabila kita ingin menulis di dalam buku atau risalah majlis maka perkataan yang paling tepat adalah ATUR CARA.
ATUR CARA juga dijarakkan kerana kedua-duanya membawa makna tersendiri.
#Rujukan - Kamus Dewan Edisi Keempat.