Saturday, 27 March 2021

PBPPP: Panduan Keberhasilan 2021


Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) menerangkan secara khusus terma, syarat, kaedah pelaksanaan penilaian keberhasilan. 


Penilaian komponen keberhasilan merupakan sebahagian daripada PBPPP. 


Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian keberhasilan ialah 100%. 


Walau bagaimanapun dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%.


Kaedah penulisan keberhasilan


Penyataan sasaran keberhasilan perlu ditulis dengan jelas tentang hasil yang akan dicapai daripada tugas-tugas yang dilaksanakan. 


Bagi memudahkan penulisan penetapan sasaran keberhasilan, kriteria-kriteria berikut boleh digunakan. 


a. Mempunyai Kata Kerja 


Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya. 


b. Mempunyai Penyataan Ukuran Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan. 


Penyataan ukuran boleh mengandungi: 

  • Kuantiti; dan/ atau 
  • Kualiti; dan/ atau 
  • Kos; dan/ atau 
  • Masa


c. Mempunyai Tujuan Sasaran 


Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap hasil kerja. 


d. Mempunyai Peringkat Sasaran (jika perlu) 


Tahap/ peringkat penglibatan yang akan dicapai.



CONTOH KESALAHAN MENULIS KEBERHASILAN


Jadual  di bawah pula menujukkan beberapa contoh kesalahan penulisan sasaran keberhasilan.

Penulisan sasaran keberhasilan berikut tidak sesuai digunakan kerana tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tidak memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama PYD.

Muat Turun: 

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon