PUTRAJAYA - KPM sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat di sekolah.
Terkini, KPM telah melakar satu pembaharuan dalam pembinaan bilik darjah melalui penggunaan teknologi modular, iaitu teknologi baharu yang diperkenalkan oleh syarikat tempatan, MRCB.
“Pada hari ini, lima blok bangunan bilik darjah di beberapa buah sekolah sekitar Putrajaya telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada KPM.
“Ini merupakan kali pertama projek infrastruktur Kerajaan menggunakan teknologi baharu ini, “ katanya.
Menurut KPM lagi, melalui kaedah ini, bahagian-bahagian bangunan disiapkan di kilang terlebih dahulu.
Pada masa yang sama, kerja di tapak dijalankan. Modular yang telah siap dibawa ke tapak projek untuk disambung dan dibentuk mengikut pelan bangunan.
“Dengan penggunaan teknologi baharu ini, projek pembinaan blok bangunan baharu di sekolah dapat disiapkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan kualiti yang baik, “ katanya lagi.
Jumlah pekerja di tapak bina juga dapat dikurangkan.
KPM sekali lagi menegaskan ini adalah satu lagi manifestasi yang komited untuk terus melakukan yang terbaik kepada rakyat.