Saturday, 27 March 2021

Garis Panduan Lengkap Pelaksanaan PBPPP 2021

Dokumen ini merupakan garis panduan untuk rujukan kepada semua pihak yang terlibat dengan pengurusan dan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). 


Kandungan dokumen ini meliputi perkara berikut: 

i. Pengenalan PBPPP 
ii. Struktur, peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa PBPPP Organisasi (JK PBPPP) 
iii. Syarat pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Penilai (PP) 
iv. Kriteria dan tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai (PYD) 
v. Garis Panduan Instrumen dan Instrumen PBPPP 
vi. Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan 
vii. Contoh-contoh Penulisan Keberhasilan 
viii. Akronim dan Glosari

PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut: 

  • Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/ output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 
  • Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi. 
  • Berfokus kepada penilaian terhadap pegawai mengikut tanggungjawab dan bidang tugas.

Sebagai rujukan lanjut dan panduan, muat turun turun dokumen di atas di pautan yang disediakan di bawah:

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon