Friday, 5 February 2021

Polis terima laporan gangguan lucah murid ketika PdPR

Siti Kamsiah


KUALA LUMPUR - Polis menerima satu laporan dibuat seorang guru yang menerima gangguan lucah pelajarnya semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), baru-baru ini.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, laporan itu dibuat guru terbabit di Shah Alam, Selangor pada Rabu.


"Polis dengan bantuan syarikat telco sedang menyiasat untuk mengenal pasti siapa pengirim tersebut kerana hanya ada paparan nombor telefon sahaja tanpa identiti.


"Seksyen 292 Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.


Terdahulu sebuah portal tempatan melaporkan sesi PdPR sebuah kelas dalam talian pada Rabu terganggu apabila seorang murid didakwa telah memaparkan video lucah ketika sesi berkenaan berlangsung di Google Meet.


Hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N, dia berkata tindakan di luar jangkaan itu memaksa beliau terus menghentikan sesi PdPR serta-merta, sekali gus mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain.


Susulan itu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengecam tindakan pelajar yang memaparkan video lucah ketika pelaksanaan PdPR.


Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan pelajar berkenaan adalah satu bentuk gangguan emosi dan mental kepada para guru.


We Share because We Care

2 comments:

  1. Mana-mana individu terutamanya golongan wanita seharusnya peka terhadap kemungkinan risiko memaparkan foto-foto mereka di media sosial..

    ReplyDelete
  2. Saya & kita semua ahli dalam masyarakat sangat berharap individu terutamanya golongan wanita agar tidak perlu upload apa² gambar dalam media sosial.. Cukup sekadar perkongsian info dalam bentuk tulisan.. Kita risau akan ada pihak tidak berakhlak baik yg suka berfikiran negatif akan salahgunakan foto² orang lain dalam media sosial untuk tujuan & niat yang tidak baik & menjatuhkan maruah orang lain terutamanya golongan wanita..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon