Putrajaya - Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin melalui satu kenyataan media memaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.
"Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahana tahun 2021.
"KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembalik hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka," katanya.
KPM sebelum ini telah mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah untuk sesi PdP secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.
Beliau juga menegaskan bahawa KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik.