18 Januari - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjawab beberapa soalan lazim yang sering ditanya di dalam satu dokumen FAQ yang dimuatnaik oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin di laman Facebook beliau.
Antara soalan yang sering ditanya termasuklah tarikh pembukaan semula sekolah setelah murid dan guru melakasanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bermula 20 Januari, Rabu ini.
“Keputusan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” ujarnya.
Beliau turut memaklumkan aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dibenarkan dilaksanakan secara bersemuka tetapi boleh dilakukan secara dalam talian.
“Surat-surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membenarkan guru yang tinggal di kawasan PKBB / PKPP untuk hadir ke kawasan PKP dan sebaliknya,” ujarnya lagi.
Dokumen soalan-soalan lazim versi penuh ini boleh diperoleh melalui laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.