Wednesday, 27 January 2021

PdPR: Kerajaan boleh guna Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk beli komputer kepada murid - Najib


27 JAN - Polemik Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terus menjadi topik utama dalam negara. Kekurangan peranti dan capaian internet menjadi agenda perbincangan dan perbualan.


Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak turut melontarkan pendapatnya melalui satu hantaran Facebook berkenaan isu PdPR ini. Menurut beliau, kerajaan boleh menggunakan peruntukan di dalam Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk memberi komputer serta pakej internet kepada murid-murid sekolah.


"Tahun 2022 belum sampai lagi maka peruntukan dari tabung SKMM tersebut boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi dua juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid. 

"Kos bagi dua juta komputer bersama pakej internet setahun dianggarkan sebanyak RM2 bilion," katanya.

Menurut beliau, projek NFCP yang diteruskan oleh kerajaan sedia ada memperuntukan sejumlah RM7.4 bilion oleh SKMM untuk memperluaskan perkhidmatan jalus lebar bagi tahun 2021 dan 2022.

"Cara ini pernah digunakan oleh kerajaan terdahulu untuk memberi sekitar 1.7 juta netbok 1Malaysia ketika saya menjadi Perdana Menteri dan dana tersebut diambil daripada tabung SKMM," ujarnya lagi.

Menurur beliau lagi, cara ini jauh leih adil, bermanfaat dan lebih menyeluruh berbanding rancangan sekarang.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon