Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menggesa agar Menteri Pendidikan segera melaksanakan program saringan Covid-19 bagi guru-guru dan staf pentadbiran sekolah susulan sesi persekolahan yang dijangka dibuka pada 20 Januari depan.
Beliau berkata, sesi saringan tersebut perlu dilakukan terutama bagi sekolah-sekolah di zon merah atau mereka yang telah merentas negeri pada minggu terakhir Disember 2020.
“Ketua Pengarah Kesihatan pada Isnin lalu telah melaporkan sebanyak 14 kluster baharu, di mana lima melibatkan pergerakan merentas negeri dan sembilan melibatkan aktiviti sosial.
“Ini amat membimbangkan, apatah lagi apabila sekolah-sekolah kerajaan akan mula dibuka bermula 20 Januari yang akan melibatkan lebih 10,000 sekolah, hampir 5 juta murid, dan lebih 400,000 guru.
“Walau bagaimanapun, sehingga hari ini Menteri Pendidikan belum lagi muncul untuk memberi penjelasan menyeluruh berkenaan hala tuju atau perancangan luar jangka bagi sesi persekolahan 2021 sekiranya pandemik Covid-19 belum dikawal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR menegaskan, kerajaan perlu mengumumkan dengan jelas proses yang perlu dilalui pelajar sekiranya mereka terpaksa dikekalkan di darjah atau tingkatan yang sama seperti tahun 2020.
Pada masa sama katanya, kerajaan perlu melaksanakan perubahan kepada sistem pembelajaran dalam talian agar ianya lebih baik dari apa yang dilalui pelajar-pelajar sepanjang tahun 2020.
Beliau turut menggesa KPM menyatakan status penyerahan terkini 150,000 laptop yang dijanji Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2021.
Tambahnya, penting untuk menjelaskan pelan tindakan menyeluruh sekiranya sekolah-sekolah di sesebuah daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), yang tidak membolehkan pelajar hadir ke sekolah.
“Apa program yang akan dilaksana untuk memastikan para pelajar tercicir sepanjang 2020, akan berminat untuk kembali ke sekolah.
“Menteri Pendidikan perlu lebih proaktif mengusahakan penyelesaian segera kepada masalah-masalah pembelajaran anak-anak kita,” katanya lagi.
Sumber: Malaysia Dateline
Masalah sekolah,masalah murid biarlah guru yang menyelesaikannya.cabaran yang paling besar skrang ini bagaimana nk mengurangkan dan mematikan covid 19 dan bagaimana nak mengatasi masalah kehilangan pekerjaan,masalaah pengangguran,masalaah tak kerja maka tak berasaplah dapur.pikirlah apa rakyat nak makan kalau covid19 ni dah masuk tahun kedua.Bagaimana untuk kita mengatasi supaya pihak pemberi pinjaman perumahan dan kereta dapat menangguhkan pembayaran selagi masalah yang dihadapi dunia masakini tidak dapat ditangani. Masalah pembelajaran itu kecil,bekalkan saluran internet pengajaran dan pembelajaran alam maya akan cantik.
ReplyDeleteMasalah sekolah,masalah murid biarlah guru yang menyelesaikannya.cabaran yang paling besar skrang ini bagaimana nk mengurangkan dan mematikan covid 19 dan bagaimana nak mengatasi masalah kehilangan pekerjaan,masalaah pengangguran,masalaah tak kerja maka tak berasaplah dapur.pikirlah apa rakyat nak makan kalau covid19 ni dah masuk tahun kedua.Bagaimana untuk kita mengatasi supaya pihak pemberi pinjaman perumahan dan kereta dapat menangguhkan pembayaran selagi masalah yang dihadapi dunia masakini tidak dapat ditangani. Masalah pembelajaran itu kecil,bekalkan saluran internet pengajaran dan pembelajaran alam maya akan cantik.
ReplyDelete