Friday, 22 January 2021

KPM ada pelan kontigensi jika peperiksaan awam 2021 terganggu akibat COVID-19

Imej hiasan via Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah merangka pelan cadangan untuk dipertimbangkan andai peperiksaan awam utama tahun ini terganggu akibat penularan COVID-19.


Peperiksaan itu adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta beberapa peperiksaan lain yang setara.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, berkata pelan yang dirangka itu bagaimanapun belum boleh diumumkan.


"Kita perlu tunggu sebab ia masih dalam pertimbangan. Kita ada banyak pelan sebenarnya (bagi peperiksaan awam), tetapi mana satu yang sesuai, kita belum boleh umumkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya sama ada kementerian sudah membuat keputusan mengenai peperiksaan awam utama bagi 2021, susulan penularan pandemik COVID-19.


Habibah berkata, keputusan yang dibuat sebelum ini berhubung peperiksaan awam utama hanya terpakai bagi 2020.


"Saya tak boleh menyatakannya lagi (keputusan bagi peperiksaan utama 2021) kerana yang kita buat keputusan sebelum ini adalah bagi 2020 sahaja. Kementerian belum buat keputusan untuk 2021," katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon