Saturday, 23 January 2021

‘Kalau macam ni, baik ustaz Ebit Lew jadi menteri’

Cikgu Khairul Kalimin sering menulis berkenaan isu-isu pendidikan di wall facebook beliau. 


Penulisan beliau menyentuh isu semasa yang selalu berlegar ruang media sosial berkaitan sekolah, guru dan ibu bapa. 


Perkongsian beliau kali ini lebih menarik mengenai bantuan pembelian tab bagi tujuan PdPR oleh Ustaz Ebit Lew. 


Jom baca...


*********



Sewaktu Ustaz Ebit Lew umumkan secara terbuka kepada sesiapa yang benar-benar memerlukan tablet supaya menghubunginya, saya dah geleng kepala. 


Sebabnya kami ini guru-guru, terutama guru di kampung dan pedalaman dah faham benar bila terkait soal gajet ni.


Sangat ramai yang memerlukan bantuan sehingga kami memutuskan kaedah pembelajaran begitu masih belum sesuai untuk dilaksanakan.


Nah, baru separuh hari sahaja, 43000 mesej diterima ustaz memohon bantuan gajet yang dimaksudkan. Sehingga status ini ditulis, pastinya angka sudah berlipat ganda.


Bantuan gajet ini sememangnya memerlukan kos yang sangat besar. Mengambil contoh Samsung Tab A yang Ustaz Ebit beli dengan anggaran kasar RM600 seunit. Ustaz cuma dapat sediakan 100 unit dan 100 unit itu saja sudah RM60,000.


Bayangkan jika mahu memenuhi permintaan 43k pemohon bantuan tablet ini, sebanyak RM25.8 juta diperlukan. It takes a government to make it happen!


Mengumumkan bentuk bantuan baharu dan kemudiannya perlu melalui proses birokrasi lain akan memakan belanja dan masa tambahan sedangkan ia diperlukan sekarang.


Maka bukanlah pelik jika rakyat kerap ulang-ulang perkara yang sama minta kerajaan perhalusi. Jika diluluskan, banyak yang dapat dimanfaatkan segera sekarang.


1.Mudahkan pengeluaran I-sinar tanpa syarat.


2.Luaskan moratorium secara automatik terutama kepada yang memerlukan.


3. Dan esok lusa penjawat awam sehingga gred 54 akan dapat bonus RM600. Jika setiap seorang guna untuk beli sebuah tab untuk disedekahkan kepada seorang anak jiran yang memerlukan, 1.4 juta kanak-kanak dapat manfaat. 


Yelah-yelah, tau dah geleng kepala sampai terteleng tu. Hahaha. Penjawat awam pun bukan semua orang senang kan. Gred pemandu dan kerani pun penjawat awam.


Kita ambil contoh yang gred 52 dan 54 tu jelah. Gaji dah lebih 10k. Boleh kot sedekah kat anak jiran? 


Tak boleh juga? 


Yelah-yelah. Ahli parlimen dan orang politik yang tak dapat bersidang tu. Gaji jalan kan? Bagilah sikit.


Pun tak boleh?


Maka tak hairanlah sampai nangis-nangis Ustaz Ebit kita dibuatnya. Satu Malaysia 'roger' dia seorang saja 😢 


Baik dia saja yang jadi menteri kita. 


Ehemmm.


Sumber: Khairul Kamilin


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon