Friday, 22 January 2021

Guru positif COVID-19, Kolej Tingkatan 6 Tun Fatimah ditutup serta merta

Gambar hiasan

MELAKA: Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah (KTE), Durian Daun, di sini, diarah tutup serta-merta selama seminggu bermula hari ini, selepas seorang guru lelakinya disahkan positif COVID-19.


EXCO di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal, Vokasional, Sains dan Inovasi), Datuk Noor Effandi Ahmad, berkata penutupan sehingga 28 Januari ini bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan di kolej berkenaan.


Beliau berkata, semua guru dan pelajar Tingkatan 6 kolej terbabit yang juga kontak rapat kepada guru berkenaan sudah diarah menjalani kuarantin di rumah masing-masing sehingga dihubungi Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah.


"Kolej berkenaan akan disanitasi oleh pihak bomba dalam masa terdekat. Disebabkan itu, semua guru dan pelajar akan mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan kolej berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, penutupan kolej berkenaan membabitkan dua kelas Tingkatan 6.


"Kes ini terpencil dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tindakan segera sudah dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab," katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon