TIDAK mahu pelajar ketinggalan dalam pelajaran mendorong seorang guru yang sedang kuarantin di Kompleks Sukan Keningau, Sabah menjalankan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Memang segalanya terhad tetapi selagi mampu dan ada masa saya akan buat (mengajar). Lagi pun buat (PdPR) selepas doktor sahkan dah sihat.. dah ok dan virus dalam badan dah tak kuat.
“Doktor suruh buat benda yang kita suka.. kebetulan mengajar adalah perkara yang saya suka, maka saya mengajar online.
“Sebab bila kita suka… kita ‘happy’ dan badan akan mengalir cas positif dan cas ini akan tewaskan virus ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.
“Semua mendoakan agar cepat sembuh… ada yang sedih sebab bulan depan iaitu 22 Febuari bermula ‘exam’ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Bila cikgu kena kuarintin maka depa (mereka) ni sedih sebab tak boleh nak belajar ‘face to face’ tetapi tak apa walaupun cikgu kena kuarintin, cikgu akan ajar kamu dari pusat kuarantin agar kamu semua tak ketinggalan,” katanya yang berasal dari Kedah.
Katanya, ini hari kelima beliau dikuarantin selepas dimasukkan ke pusat kuarantin berkenaan pada 26 Januari lalu.
Terdahulu, Naimmi memuatnaik video di saluran YouTube miliknya mengajar mata pelajaran Sejarah tingkatan 5 secara PdPR. –
Malaysiapost