- Waran Perjawatan (WP) adalah dokumen rasmi yang digunakan oleh semua agensi di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) bertujuan untuk meluluskan sesuatu perubahan kepada Senarai Perjawatan Tahunan sektor awam.
- Ia juga merupakan dokumen perundangan yang memberi kuasa bagi mewujud/menambah dan mengurangkan bilangan jawatan atau mengubah tangga gaji gred jawatan yang diperuntukkan di bawah sesuatu Maksud Perbelanjaan Anggaran Persekutuan dan seterusnya membenarkan bayaran gaji/imbuhan dibuat.
- Sekolah mempunyai waran perjawatannya sendiri yang menyatakan berapa bilangan guru yang layak serta opsyen.
Maksud jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP)
- Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan penempatan seseorang pegawai di mana gred hakikinya lebih tinggi atau rendah daripada gred hakiki jawatan.
- Sebagai contoh, seorang guru DG48 boleh menyandang atau memegang jawatan Penolong Kanan DG32 di sekolah rendah dengan gred KUP DG48.
Perbezaan Antara Gred Utama dan Gred Khas
- Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan mengikut peranan berikut :
- Gred Utama – Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar. Contoh: Ketua Pengarah di sesebuah Jabatan.
- Gred Khas – Jawatan yang mengiktiraf kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus, tidak memainkan peranan ataupun menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik.
- Contoh: Pakar Perubatan di Hospital.
Sumber: www.moe.gov.my