Sunday, 17 January 2021

Cuepacs beri amaran kepada penjawat awam, pesara kerajaan

Kuala Lumpur: Penjawat awam dan pesara kerajaan yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal berdepan kemungkinan kehilangan segala keistinewaan dinikmati selama ini.


Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata ia termasuk perkhidmatan bayaran gaji elaun atau persaraan.


Menurut beliau, tidak ada mana-mana individu boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, walaupun sedang berkhidmat atau bersara daripada perkhidmatan.


“Penjawat awam dan pesara perlu mengetahui bahawa kita semua tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang walaupun sedang atau telah berkhidmat untuk negara dan kerajaan.


“Segala keistimewaan yang dinikmati seperti perkhidmatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan mungkin akan ditarik sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



Adnan berkata, penjawat awam dan pesara adalah contoh kepada masyarakat, justeru pematuhan terhadap undang-undang perlu dititik berat.


“Ketika ini negata memasuki fasa ketiga PKP yang dilaksanakan bagi mencegah penularan Covid-19.


“Cuepacs ingin menekankan sekali lagi kepada semua warga penjawat awam serta pesara serta pesara kerajaan supaya sentiasa mematuhi PKP setiap tindakan yang dilakukan memberi impak kepada arahan dan dasar yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon