Wednesday, 20 January 2021

COVID-19: Semua calon SPM MRSM Lipis dikuarantin

Ke semua murid tingkatan lima MRSM Lipis yang
bakal mengambil peperiksaan SPM dikuarantin.

LIPIS – Ke semua murid tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikuarantin selepas seorang murid didapati positif Covid-19 semalam.


Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki dikuarantin di asrama.


“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.


“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi murid yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,”katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, pemindahan murid perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Katanya, pemindahan murid berkenaan menaiki bas turut diiringi pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.


“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan dikuarantin,”ujarnya. – K! ONLINE


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon