![]() |
Calon SPM 2020 SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang mengimbas suhu badan mereka sebelum memasuki kelas via Faihan Ghani / The Star |
PETALING JAYA: Telah tiba masanya 400,000 calon peperiksaan seluruh Malaysia kembali ke sekolah meneruskan pembelajaran secara bersemuka dengan guru.
Calon-calon ini yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia serta peperiksaan peringkat antarabangsa lain yang diperakui oleh kementerian ke lebih daripada 2,400 sekolah menengah di seluruh negara.
![]() |
Kereta polis diletakkan di luar SMK Sentosa Kuala Lumpur bagi memastikan kelancaran kehadiran murid ke sekolah via Chant Tak Kong / The Star |
Di bawah pengawasan guru mereka yang ditempatkan di pintu masuk, pelajar memeriksa suhu mereka sambil memastikan jarak fizikal dijaga.
Pemantauan yang dilakukan oleh akhbar The Star di beberapa sekolah di seluruh negara menunjukkan bahawa para calon berhati-hati agar berjauhan antara satu sama lain ketika mereka menunggu giliran untuk memasuki perkarangan sekolah.
![]() |
Murid tingkatan lima dan enam mula menghadiri sekolah hari pertama mereka di SMK ACS Ipoh pada hari ini - Ronnie Chin / The Star |
Suasana sedikit lebih ceria di luar sekolah-sekolah lain seperti SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang, kerana para calon dengan gembira menyambut satu sama lain setelah tidak bertemu satu sama lain selama berbulan-bulan.
Sementara itu, kira-kira 4.3 juta kanak-kanak dari prasekolah hingga Tingkatan Lima (2021) mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah yang dilakukan oleh guru mereka kerana pandemik Covid-19 menyebabkan mereka tidak dapat hadir secara fizikal ke kelas mereka.