Hebahan keputusan temu duga bagi jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 bagi calon simpanan graduan Universiti Awam kelahiran negeri Sabah tahun 2019.
Calon-calon boleh membuat semakan DISINI.
Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja dari tarikh hebahan ini dibuat.
Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM. Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.