IBUBAPA dan PENJAGA boleh mengemaskini Profil Murid dan maklumat berkaitan di sistem APDM KPM mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian (online) seperti yang dimaklumkan oleh Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kemaskini maklumat boleh dibuat di pautan https://public.moe.gov.my/ dengan mengikuti langkah mudah yang ditunjukkan di bawah.
Apakah APDM Untuk Ibu Bapa?
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.
Sekiranya penjaga utama dan kedua tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon kerjasama sekolah untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.
Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara online sama ada melalui handphone, komputer atau laptop.
Cara daftar dan panduan kemaskini boleh dirujuk dalam langkah bergambar di bawah:
Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:
- Layari laman web https://public.moe.gov.my
- Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
- Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN
TQ Infonya cikgu, sy juga tulis tentang APDM KPM LOGIN di blog sy. :)
ReplyDelete