Wednesday, 16 December 2020

NUTP sokong guru diberi vaksin selepas frontliner

Gambar hiasan via Berita Harian

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyokong saranan Pengarah Eksekutif Tabung Kanan-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mengesyorkan supaya warga pendidik (guru) diutamakan sebagai penerima vaksin COVID-19 selepas petugas barisan hadapan.


Kesatuan itu juga sependapat dengan pihak UNICEF bahawa guru wajar diberi keutamaan selepas petugas barisan hadapan dan kumpulan yang berisiko tinggi bagi memberi perlindungan agas dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan kadar segera.


"Sesi pembelajaran secara dalam talian mempunyai banyak kelemahan oleh kerana ketiadaan dan ketidakcukupan peranti, kelemahan jaringan internet, masalah disiplin, kehadiran murid dan lain-lain yang menyebabkan sesi dalam talian tersebut terganggu," jelas beliau.


"Kita mohon pertimbangan khas pihak KKM dan kerajaan agar warga pendidik diutamakan untuk pemberian waksin COVID-19 demi meningkatkan dan memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia," kata beliau lagi.


UNICEF sebelum ini melalui Henrietta Hofsman, mencadangkan agar warga pendidik diberi keutamaan untuk divaksin bagi memastikan kelangsungan pendidikan kanak-kanak.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon