Tuesday, 15 December 2020

Murid tahfiz terkilan lebihan lauk basi kenduri jadi hidangan

Andai kata kita nak beramal jariah, berbuatlah dengan penuh keikhlasan. Begitulah juga jika kita hendak bersedekah material, sedekah benda-benda yang sempurna sifatnya kalau bukan benda baharu sekalipun.


Ikutilah luahan seorang murid tahfiz yang kecewa dengan sikap masyarakat yang kononnya ingin bersedekah, tetapi lebih kepada tidak mahu membazir makan lebihan tersebut menjadi santapan anak-anak madrasah ini.


Luahan dari seorang MUDIR TAHFIZ 


Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu #membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. 


Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih. Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau #masam dan #busuk dr lauk2 #basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah "tuan rumah kenduri" semalam iaitu #buang lauk pauk. 


Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.? 


Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali. 


Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. 



Di madrasah pun setiap hari kami masak. Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. 


Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri.. 


Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. 


Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. 


Aminn 


Kredit: Ore Kelate


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon