Wednesday, 16 December 2020

KPM tidak serius atasi murid tersisih pendidikan akibat pandemik - Maszlee

16 Disember - Ahi Parlimen Simpang Ranggam, Maszlee Malik hari ini melalui satu kenyataan media menggesa agar Menteri Kanan Pendidikan menubuhkan Majlis Tindakan Kebangsaan yang dianggotai oleh para pemegang taruh seperti NUTP, UNICEF, wakil dari KKM, pakar-pakar Pendidikan, NGO Pendidikan, ahli parlimen bagi membincangkan masalah pendidikan pasca-pandemik.


Menurut beliau, dianggarkan 1 juta murid di Malaysia terkesan dan tersisih daripada perkembangan pendidikan negara terutamanya murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.


"Anak-anak di prasekolah tahun 2020 akan naik ke darjah satu, manakala anak-anak darjah 1 tahun 2020 akan naik ke darjah 2 pada tahun 2021. Anak-anak ini sedang bergelut dengan beberapa kemahiran asas seperti membaca, bertutur dan menulis.


"Ketiadaan PdP secara normal selama hampir setahun hakikatnya telah membantutkan proses pendidikan ini. Majoriti dari mereka masih ramai yang tidak mampu membaca, menulis dan mengira sepertimana yang sepatutnya pada tahap umur mereka," katanya dalam satu kenyataan media.


Maszlee turut mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak serius dan bersikap sambil lewa melalui jawapan yang dijawab oleh Menterinya yang tidak jelas bagi mengatasi masalah ini.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon