Saturday, 26 December 2020

Kes saman guru, ini bukan kali pertama guru tersebut di saman murid



Baru-baru ini, tiga orang pelajar SMK Taun Gasi, Kota Kinabalu, Sabah telah memfailkan saman terhadap seorang guru Bahasa Inggeris, Mohd Jainal Jamran kerana didakwa sering ‘ponteng kelas’ mengajar mereka antara Mac hingga November 2017.


Ketiganya (plaintif) melalui firma guaman Tetuan Roxana & Co telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada bulan lalu.


Saman berkenaan turut menamakan lima defendan lain termasuklah pengetua sekolah, Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia.


Ketiganya mendakwa Mohd Jainal yang ditugaskan mengajar Bahasa Inggeris tiga kali seminggu sepanjang tempoh tahun akademik 2017 (Januari hingga Oktober) hanya hadir ke kelas pada bulan Januari dan Februari.


Manakala pada Mac 2017, beliau sering datang lewat dan akan meninggalkan kelas lebih awal atau pun tidak datang langsung selain daripada dengan sengaja gagal, menolak dan/atau tidak mengendahkan untuk mengajar pelajar mengikut sukatan yang ditetapkan.

Imej via The Borneo Post


Sepanjang ini berlaku, plaintif dikatakan perlu pergi ke pejabat defendan untuk mengingatkannya dan meminta beliau menghadiri kelas seperti yang ditugaskan.


Dan pada atau sekitar 14 Julai, beliau telah meninggalkan tugasannya dan tiada tindakan diambil oleh pihak pentadbiran sekolah biarpun aduan kepada beliau sudah dibuat termasuklah menggantikan dengan guru lain.


Ketiganya yang juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am, ganti rugi keterlaluan, kos dan kerugian yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.


Imej via The Star

Ini bukanlah kesalahan kali pertama Mohd Jainal kerana pada Oktober 2018, seorang lagi pelajar, Nafirah Siman, 19 tahun dikatakan turut berbuat demikian atas dakwaan yang sama pada tahun 2015.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon