Monday, 14 December 2020

Kes COVID-19 meningkat, Korea Selatan tutup semula sekolah



SEOUL: Korea Selatan mengarahkan semua sekolah di ibu negara dan kawasan sekitar ditutup bermula esok susulan usaha memerangi penularan terburuk pandemik COVID-19, yang melepasi waktu puncak pada Februari.


Semua sekolah di ibu negara akan mengadakan pembelajaran secara dalam talian sehingga akhir bulan ini, dalam usaha terkini pelaksanaan penjarakan fizikal, yang setakat ini gagal mengurangkan peningkatan jangkitan.


Penutupan sekolah adalah antara pendekatan ke arah pelaksanaan peraturan penjarakan fizikal Fasa 3 iaitu penguatkuasaan perintah berkurung lebih ketat untuk kuasa ekonomi keempat terbesar Asia itu.


Perdana Menteri, Chung Sye Kyun, berkata pelaksanaan langkah seumpama itu menuntut penelitian rapi, ketika kerajaan dilanda tekanan hebat dalam membendung peningkatan jangkitan virus.


"Kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Fasa 3 jika perlu, selepas mengambil kira pandangan kementerian berkaitan, kerajaan tempatan dan pakar," katanya pada mesyuarat bersama pegawai kesihatan.


Perintah berkurung Fasa 3 bermakna hanya pekerja sektor penting akan dibenarkan bekerja di sesuatu pejabat dan perhimpunan dihadkan kepada kurang 10 orang.


Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KDCA), hari ini melaporkan 718 kes baharu COVID-19, satu penurunan berbanding 1,030 pada hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, 682 adalah jangkitan tempatan.


Setakat ini, Korea Selatan mencatatkan 43,484 kes jangkitan termasuk 587 kematian. - AGENSI


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon