31 Disember - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu pekeliling perkhidmatan bagi melaksanakan Dasar Bekerja Dari Rumah untuk pegawai-pegawai yang berkhidmat di Sektor Awam Persekutuan.
Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 mengenai Waktu Bekerja dan Lebih Masa memperuntukkan bahawa semua pegawai yang bekerja waktu pejabat termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan.
Bagi pegawai yang mengikuti Waktu Bekerja Bukan Pejabat pula, pegawai dikehendaki hadir bekerja di suatu tempat bekerja yang telah ditentukan kepada mereka meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja.
"Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan dasar BDR sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam bagi mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai," katanya.
![]() |
Infografik via FB JPA |
Makluman tersebut turut dibuat melalui laman Facebook rasmi jabatan tersebut pada hari ini. Pekeliling tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPA.