PCG Mata Pelajaran merupakan peruntukan yang disalurkan mengikut setiap mata pelajaran berdasarkan kadar yang ditetapkan dalam surat pekeliling kewangan yang berkuatkuasa.
Ketua Bidang atau Ketua Panitia setiap mata pelajaran bertanggungjawab dalam merancang program/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan memastikan peruntukan PCG Mata Pelajaran dibelanjakan mengikut maksud belanja yang disewajarnya.
PCG Bukan Mata Pelajaran merupakan peruntukan yang disalurkan bagi tujuan pembangunan Pusat Sumber Sekolah/Perpustakaan, Bimbingan dan Kaunseling serta Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Lain-lain Perbelanjaan Khas (LPBT/LPK) seperti bil utiliti, perkhidmatan, pembaikan kecil dan penyelenggaraan inventori.
KADAR :
Kadar bagi setiap mata pelajaran adalah berbeza sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012 yang berkuatkuasa.
PEMILIHAN :
Berdasarkan enrolmen murid di SK dan SBK di bawah KPM.
KAEDAH PENYALURAN :
Transaksi terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah.