Monday, 9 November 2020

NUTP syor kerajaan beri rebat laptop, internet kepada guru

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangasaan (NUTP) mahu kerajaan membantu pendidik dengan menyediakan insentif  seperti rebat pemilikan komputer riba serta internet bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya.


Presiden NUTP, Amiruddin Awang berkata warga pendidik sudah sedaya upaya mencuba yang terbaik berdasrkan pengalaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu dan mengadaptasikannya untuk PdP di rumah sehingga pandemik COVID-19 reda.


"Pada masa yang sama, semua pihak harus memberikan sokongan kepada pendidik kerana dalam keadaan kritikal sekarang, hanya itulah pilihan yang guru ada biarpun mereka berdepan cabaran besar untuk melaksanakannya.


"PdP di rumah akan dapat dilaksanakan jika murid komited mengikuti sesi itu berasaskan tahap mana pilihan yang mereka mampu atau mempunyai kesediaanya," katanya ketika di hubungan BH, semalam.


Amiruddin berkata, semua pihak perlu sedar dalam proses pembelajaran secara maya, ada tiga tahap yang boleh dipilih murid berasaskan kesediaan mereka.


"Pertama ialah pembelajaran  dalam talian secara segerak. Melalui kaedah ini, interaksi guru murid dilaksanakan di pelantar pembelajaran secara serentak atau real time.


"Ia boleh dilakukan melalui panggilan video, panggilan aplikasi WhatsApp, Skype, Zoom, Google Meet dan Facebook liv," katanya.


Beliau berkata, pembelajaran dalam talian secara tidak segeral, iaitu pembelajaran berlangsung secara kendiri dengan interaksi bukan pada masa yang sama.


"Contohnya, guru menggunakan video pembelajaran melalui YouTube, FB, EduwebTV, Khanacademy dan webinar yang sudah direkodkan," katanya.


Katanya, tahap ketiga ialah pembelajaran secara luar talian dengan proses PdP dilaksanakan tanpa jaringan internet seperti melalui Eduweb TV atau siaran pendidikan.


"Jika ada (murid) yang tidak berkemampuan, guru juga boleh menggunakan model pembelajaran bercetak atau e-modul yang dimuat turun lebih awal.


"Ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan guru untuk mendapatkan nasihat atas sebarang permasalahan yang timbul berkairan pembelajaran di rumah," katanya.


Sementera itu, Setiusaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata proses pengajaran dan pembelajaran secara home-based learning satu-satunya pilihan yang ada bagi menjamin kelangsungan pendidikan di Malaysia.


"Namun bukan semua murid mempunyai gajet dan akses internet yang sesuai untuk pembelajaran dalam talian. Bagaimana pula dengan nasib murid dari keluarga miskin B40, Orang Asli dan murid berkeperluan khas.


"Masalah capaian internet perlahan, tidak menyeluruh terutama di pinggir bandar dan pedalaman antara masalah sering dilontarkan ibu bapa apabila anak ingin mulakan pembelajaran dalam talian," katanya.


Katanya, NUTP merayu kerajaan memberi pertimbangan khas dan meluluskan pinjaman tanpa faedah atau peranti bebas cukai diberi kepada lebih ramai murid.


"Ia agar mereka memiliki komputer riba atau peranti sendiri dan dapat akses kepada pendidikan secara digital. Ini dapat memastikan tiada deskriminasi terhadap lima juta murid kerana hanya 150,000 murid akan dibekalkan komputer riba.


"Usaha ini akan menjadikan sistem pendidikan negara yang lebih bersedia untuk menjamin kelestarian, kualiti dan ekuiti pendidikan bagi mendepani pandemik seumpama ini pada masa kini dan akan datang," katanya.


Berita penuh di Berita Harian Online




We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon