Sunday, 15 November 2020

Murid Tahun Satu 2021 berdepan masalah buta huruf

DATIN PROF. DR. MARIANI BINTI MD NOR

KUALA LUMPUR: Pelajar tahun satu berdepan masalah buta huruf jika tidak dibimbing guru dan ibu bapa berikutan isu pembelajaran di rumah.


Pakar Psikologi Kanak-Kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor berkata hal itu turut menjadi punca kebimbangan ibu bapa.


"Kanak-kanak prasekolah yang bakal masuk tahun satu pada 2021 akan mengalami masalah mengeja dan mengira. Kita sudah diserang pandemik sejak Mac dan ia telah menjejaskan banyak perkara.


"Ibu bapa akan susah hari juga kerana anak prasekolah tidak boleh membaca atau mengira. Mereka boleh menyebut huruf tetapi tidak boleh mengeja perkataan dua suku kata atau proses tambah tolak," katanya kepada Utusan Malaysia.


Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin baru-baru ini mengumumkan semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan termasuk di negeri yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup sehingga akhir persekolahan.


Tambah Mariani, guru dan ibu bapa harus bekerjasama bagi memastikan masalah ini dapat dikurangkan dan tidak menjejaskan terlalu rama murid prasekolah.


"Guru perlu menggunakan teknologi untuk sesi pembelajaran dan usaha ini harus dilakukan dengan pemantauan ibu bapa di rumah. Bagi ibu bapa yang bekerja dari rumah maka mereka boleh sentiasa ada di sisi anak-anak, tetapi adakan mereka akan bersama untuk membantu mengajar anak-anak tersebut.


"Murid yang berumur lima atau enam tahun masih belum cukup matang untuk memberi fokus dalam pembelajaran namun masalah ini tidak akan jadi ketara jika ibu bapa atau penjaga lebih memantau anak-anak," katanya.


We Share because We Care

4 comments:

  1. Keselamatan lebih penting....

    ReplyDelete
  2. Not many realize that the ability for children to learn how to read has a lot to do with their natural readiness for it. And a child's readiness is largely dependant on a child's physical development of their reading-related organs - eyesight, oral, hearing, mental focus, and coordination, etc. Some children develop earlier than others. Some children need to overcome dyslexia in order for their reading organs to be able to function accordingly. My children are the prime examples of this. My eldest has mild dyslexia and was only able to read effectively in Standard 2. My youngest, on the other hand, has ADD (Attention Deficit Disorder) BUT we noticed he was able to read simple words (in English!) around the age of 4 WITHOUT any formal instructions. It was possible because he was ready.

    Parents also need to realize that it is children's intrinsic nature to play and have fun. Fitrah kanak-kanak adalah bermain. Why are we so eager to take childhood away from our children? It is also at this age when it is the best formative years for moral, cultural, and social cultivation. In Japan, children are first taught how to interact with fellow friends and their elders, animals, and nature before they move on to academics. Finland is the same. They understand child development so well that their education system is built around it. Why burden children with academic responsibilities before they are ready for it? This is why I am saddened and not in agreement with much of the syllabus forced upon our children right from the beginning of Year 1. Children need to be taught to love the concept of knowledge before they can be ready for higher levels of education.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed. Takut dengan syllabus sekarang..dulu kita mak ayah rilek je syllabus pun tak susah macam ni.. don't take away their childhood..

      Delete
  3. Parents dirumah kena ajar juga anak² yg belum mahir membaca.
    Nak harapkan sekolah, sekolah tutup panjang.kita parents lah kena ada ruang utk ajar anak² kita.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon