KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia diminta membenarkan sekolah dalam zon jangkitan COVID-19 melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) berbanding persekolah secara bersemuka.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkaa ada dalam kalangan guru berdepan trauma dan tertekan berikutan kawasan sekitar sekolah mereka menatatkan kes positif tinggi.
Keadaan itu, katanya menimbulkan kerisauan kerana mereka turut terdedah terkena jangkitan.
"Setakat ini, sekolah dalam zon itu menunggu keputusan mesyuara khas Jawatankasa Keselamatan negeri masng-masin dan akur arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Bagaimanapun, kita berasakan sekolah (zon jangkitan) perlu ditutup dan jika keadaan benar-benar terdesak, PdPR boleh dijalankan seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu," katanya ketika dihubungan BH, semalam.
Katanya, ketika ini guru bertugas dalam keadaan tertekan kerana perlu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan dengan berkesan dan pada masa yang sama, perlu berhati-hati berikutan kebarangkalian jangkitan yang tinggi di Zon Merah.
"Menerusi pekeliling bertarikh 2 Oktober lalu, kementerian sudah menyelesaikan manual PdPR, bertujuan memberi panduan kepada guru melaksanakan kaedah itu secara berstruktur dan terancang serta membolehkan murid mengikutinya secara optimum.
"Ia akan dilaksanakan secara dalam talian dengan sokongan capaian internet, menggunakan peranti dan belajar secara real-time mengikut had umur murid.
"Bagi pendekatan PdPR luar talian, murid akan belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.