Wednesday, 14 October 2020

Promosi budaya kegagalan dalam pelajaran satu perkara kurang bijak - Netizen


Kisah seorang lelaki yang berbangga dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang dengan mengatakan beliau gagal SPM tetapi tetap berjaya menjadi trending di media sosial


Namun begitu, tidak semua bersetuju dengan pendapat beliau. Seorang netizen melontarkan pendapatnya dengan menasihati lelaki tersebut agar tidak mempromosikan kegagalan akademik itu sesuatu yang bagus dan perlu dicontohi.


Beliau menulis:



1. SPM kau tak gagal, bang. Semua lulus. Siap ada C+ lagi. Tak payah nak claim 'Abang punya result lagi gagal'.


2. Semua makwe dalam dunia ni takkan tengok result SPM. Kalau perempuan tu nak kat lelaki tu, lulusan tadika pun dia terima.


3. Makwe kau suka dekat kau sebab kau hensem, bang. Ada jambang sikit. Tinggi. Pandai bergaya.


4. Dan yang penting, kau kaya bang. Kaya sampai boleh hadiah kereta, emas, helikopter, istana dan pelbagai lagi kat makwe kau walaupun belum kahwin. Bodohlah makwe kau nak ungkit pasal SPM lagi.


5. Dan SPM tu, mungkin takda kesan kepada kekayaan kau, tapi, ada kesan kepada kemiskinan orang lain. Ramai orang susah, disebabkan SPM tak lulus. Nak masuk U payah. Nak cari kerja stabil payah.


6. Tak perlu menormalisasikan SPM tu tak penting. Hidup ini bukan drama. Tak semua orang bernasib baik. Kalau ada 1,000,000 budak fail SPM, tak sampai 0.1% yang dapat makwe cun dan jadi kaya macam kau.


7. Kalau nak pesan benda-benda macam ni, pesan kat anak sendiri, sudahlah. Jangan bagi harapan palsu dan buruk kepada anak orang lain.


8. Setiap hari, bisikkan kat telinga anak kau yang SPM tu tak penting. "Annaku, SPM tu tak penting, anakku." Ulang hari-hari sampai Abang Jamil mampos. Suruh ikut jejak langkah ayah dia. Kita tengok, boleh pergi jauh mana plan ni.


9. Tak, aku tak jeles langsung dengan dia. Aku cukup anti dengan orang yang promosikan budaya gagal dalam pelajaran ni. Gagal akademik is not cool bro. Kau nak gagal, gagal. Tapi jangan budayakan. Penat cikgu cikgi kat sekolah separuh mati nak bantu pelajar.


10. Takda poin pun. Saja nak genapkan 10 poin.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon