Friday, 23 October 2020

PM menghadap Agong di Kuantan

Imej via Istana Negara

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz di sini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Perdana Menteri bergegas ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, tiba di pintu masuk istana pada jam 4.40 petang ini.


Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, adalah di antara yang dilihat berada dalam konvoi mengekori Perdana Menteri ketika memasuki istana.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon